DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 28, 2010

PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA : LAWAN TETAP LAWAN

Muqaddimah:


Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.


Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.


Sejarah :


Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.


Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.


Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.


Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian dalam masa 3 hari.”


Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.


Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.


Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.


Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy.

Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.


Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan


Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.


Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:


“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :


“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.


Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.


Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :


“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)


Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:


“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”


Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.


Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.


Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :


“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”


Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.


Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh.

Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah.


Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah.

Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits.

Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahawa kaum Quraisy akan tewas.


Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.


Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :


“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”


Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri.

70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.


Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.


Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan.

Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.


Hikmah didalam peperangan Badar


Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.

Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam.

Suasana politik semasa di negara ini juga memerlukan Pakatan Rakyat bersatu dengan satu matlamat untuk menjatuhkan UMNO yang sudah memerintah selama 53 tahun. UMNO memerintah penuh dengan kezaliman sejak dari dahulu lagi. Menindas rakyat adalah amalan biasanya. Mengugut dan mengancam rakyat yang tidak menyokongnya dengan menggunakan berbagai kaedah supaya rakyat merasa takut dan memaksa rakyat melihat UMNO itu merupakan satu-satunya parti yang berhak memerintah Malaysia buat selama-lamanya.

Rakyat diajar, pemimpin adalah raja dan rakyat adalah hamba. Rakyat diperbuat macam binatang peliharaan. Pemimpin boleh joli semahu-mahunya, rakyat disuruh berjimat cermat. Khazanah negara yang menjadi milik rakyat dirompak dan disalahgunakan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Hasilnya, pemimpin menjadi kaya-raya dan bermewah-mewahan,manakala kehidupan rakyat menjadi semakin papa kedana akibat himpitan keadaan ekonomi hasil kerja buat kedurjaaan para pemimpin yang dipilih oleh tangan-tangan durjana. Pemimpin yang ada sudah hilang rasa pertanggungjawapannya di hadapan Allah nanti. Pemimpin kini menjadikan amanah sebagai satu aset mengejar kemewahan duniawi.

Sistem pemerintahan negara di bawah Najib semakin teruk. Negara kini menuju ke arah sistem pemerintahan kuku besi atau diktator. Pemerintahan Najib tidak boleh ditergur langsung. Untuk mengekalkan kuasa, Najib menggunakan seluruh saluran sistem pentadbiran negara. Akibatnya, amalan demokrasi semakin malap dan akhirnya ia akan dihapuskan seandainya UMNO mendapati ia akan mengalami kekalahan dan kehilangan kuasa pada PRU ke-13 nanti.

Jadi, ambilah kisah peperangan badar ini sebagai satu teladan bagi membakar semangat untuk terus menentang UMNO. UMNO merancang, kita juga merancang, tetapi perancangan Allah maha hebat. Kalau tidak kerana perancangan dari Allah swt, masakan Suharto boleh digulingkan yang kerana beliau disokong penuh oleh angkatan tentera, pasukan polis dan organisasi negara. Begitu juga dengan Ferdinan Marco di Filipina, Shah Iran dan Saddam Hussein di Iraq. Kini, tiba pula giliran UMNO. InsyaAllah UMNO juga bakal menurut jejak diktator-diktator yang disebutkan itu.

Kesimpulan


Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.


Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

TERUKNYA MALAYSIA DI BAWA NAJIB

Buku The March to Putrajaya adalah koleksi artikel Kim Quek yang diterbitkan oleh Oriengroup Sdn.Bhd pada Mac tahun ini. Khabar rampasan buku oleh polis hanya tersebar selepas enam bulan selepas buku diedarkan dalam pasaran. Rampasan buku dikhabarkan berlaku di Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya sehingga hari ini.


Bilangan buku yang dirampas belum diketahui, tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa buku ini dirampas oleh pegawai special branch. Pihak special branch hanya meninggalkan satu dokumen, namun tidak dinyatakan pegawai yang bertanggungjawab, unit mana yang menjalankan rampasan, malah tiada tandatangan pegawai penguatkuasa.


Seterusnya di
sini


KOMEN :


Malaysia di bawah pentadbiran Najib semakin teruk menekan kebebasan mengeluarkan pendapat. Untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, maka Najib sehingga setakat ini sanggup membuat apa sahaja bagi mengekang amalan demokrasi yang sihat dalam negara ini. Najib percaya dengan mengembalikan pemerintahan diktator, maka rakyat dalam negara ini boleh didisiplinkan agar kembali menyokong kerajaan kerana takut diancam, diugut dan diganggu-gugat ke atas keselesaan kehidupan rakyat yang selama ini dinikmati oleh mereka yang dilakukan oleh pihak berkuasa atas arahan dan tekanan pentabiran Najib.


Najib mahu mengembalikan Malaysia di zaman kesultanan Melayu (feudal) secara total, yang mana segala tindakan kerajaan (dulu kata-kata sultan/raja adalah perintah wajib ditunaikan) kini, segala apa yang datang dari UMNO (baca: kerajaana) wajib dipatuhi tanpa perlu dipersoaljawabkan, kalau tidak kehidupan seseorang itu tidak akan tenang dan aman. Arahan yang dikeluarkan itu difahamkan tidak mengandungi sebarang cacat-cela, malah ia bagaikan wahyu yang ddatangkan khas dari Allah swt untuk rakyat Malaysia.


InsyaAllah UMNO akan dihancurkan oleh Allah swt. Dalilnya semua negara-negara yang diperintah oleh para diktator telah pun hilang lenyap di muka bumi ini. Yang wujud sekarang adalah sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan yang prihatin yang mahu melihat seluruh rakyatnya hidup sejahtera. Kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak menjadikan rakyatnya sebagai binatang peliharaan serta lebih berminat mendengar suara kritikan daridapa mendengar pujian rakyat bagi membolehkan para pemimpinnya bermuhasabah bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud.


Marilah kita bersama-sama berdoa dalam bulan puasa yang penuh berkat ini semoga Allah swt meluaskan
pertelingkahan dan perkelahian serta menambah-burukkan suasana yang tidak bersefahaman yang berlaku di antara ahli, pendokong dan di kalangan para pemimpin UMNO ke seluruh negara. Permasalahan ini boleh mempercepatkan kehancuran UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

TERUKNYA MALAYSIA DI BAWA NAJIB

Buku The March to Putrajaya adalah koleksi artikel Kim Quek yang diterbitkan oleh Oriengroup Sdn.Bhd pada Mac tahun ini. Khabar rampasan buku oleh polis hanya tersebar selepas enam bulan selepas buku diedarkan dalam pasaran. Rampasan buku dikhabarkan berlaku di Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya sehingga hari ini.


Bilangan buku yang dirampas belum diketahui, tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa buku ini dirampas oleh pegawai special branch. Pihak special branch hanya meninggalkan satu dokumen, namun tidak dinyatakan pegawai yang bertanggungjawab, unit mana yang menjalankan rampasan, malah tiada tandatangan pegawai penguatkuasa.


Seterusnya di
sini


KOMEN :


Malaysia di bawah pentadbiran Najib semakin teruk menekan kebebasan mengeluarkan pendapat. Untuk menyelamatkan UMNO dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, maka Najib sehingga setakat ini sanggup membuat apa sahaja bagi mengekang amalan demokrasi yang sihat dalam negara ini. Najib percaya dengan mengembalikan pemerintahan diktator, maka rakyat dalam negara ini boleh didisiplinkan agar kembali menyokong kerajaan kerana takut diancam, diugut dan diganggu-gugat ke atas keselesaan kehidupan rakyat yang selama ini dinikmati oleh mereka yang dilakukan oleh pihak berkuasa atas arahan dan tekanan pentabiran Najib.


Najib mahu mengembalikan Malaysia di zaman kesultanan Melayu (feudal) secara total, yang mana segala tindakan kerajaan (dulu kata-kata sultan/raja adalah perintah wajib ditunaikan) kini, segala apa yang datang dari UMNO (baca: kerajaana) wajib dipatuhi tanpa perlu dipersoaljawabkan, kalau tidak kehidupan seseorang itu tidak akan tenang dan aman. Arahan yang dikeluarkan itu difahamkan tidak mengandungi sebarang cacat-cela, malah ia bagaikan wahyu yang ddatangkan khas dari Allah swt untuk rakyat Malaysia.


InsyaAllah UMNO akan dihancurkan oleh Allah swt. Dalilnya semua negara-negara yang diperintah oleh para diktator telah pun hilang lenyap di muka bumi ini. Yang wujud sekarang adalah sebuah negara yang diperintah oleh kerajaan yang prihatin yang mahu melihat seluruh rakyatnya hidup sejahtera. Kerajaan yang bertanggungjawab yang tidak menjadikan rakyatnya sebagai binatang peliharaan serta lebih berminat mendengar suara kritikan daridapa mendengar pujian rakyat bagi membolehkan para pemimpinnya bermuhasabah bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud.


Marilah kita bersama-sama berdoa dalam bulan puasa yang penuh berkat ini semoga Allah swt meluaskan
pertelingkahan dan perkelahian serta menambah-burukkan suasana yang tidak bersefahaman yang berlaku di antara ahli, pendokong dan di kalangan para pemimpin UMNO ke seluruh negara. Permasalahan ini boleh mempercepatkan kehancuran UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Thursday, August 19, 2010

RAJA TIKUS DEB

Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim. Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Nazir Razak (gambar kanan) telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus.


Pelaksanaan DEB oleh kerajaan telah memberikan kuasa yang besar kepada para pegawainya untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.


Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai-pegawai untuk mendapatkan bayaran dari pemilik perniagaan besar sehinggalah peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen. Penjaja dan peniaga jalanaan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.


Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga. Inilah yang timbulkan persepsi rasuah dan sebagainya. Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparensi International (TI))?


Kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.


Kontrak Kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang Dipertua Bandar dan bukan melalui cara bidaan terbuka. Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.


Selepas 40 tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, 82% di luar bandar dan 62% di bandar yang miskin masih merupakan golongan Melayu. Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, PERKASA dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan. DEB (NEP -New Economic Policy) kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya.


Seterusnya di
sini


KOMEN :


Kerajaan korup penuh dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menjadi idola kepada seorang mufti. Mufti itu kini betul-betul gila kerana segala usahanya untuk menyatukan PAS dan UMNO menemui kegagalan.Macam-macam yang terbit dari mulutnya. Biarkan, otaknya sudah mereng. Orang gila macam beliau sahaja yang berusaha untuk menegakkan regim yang zalim menindas rakyat. Dogengannya demi untuk menyelamatlkan umat Islam dan bangsa Melayu adalah dusta dan pembohongan yang direka ciptanya sendiri untuk menyelamatkan UMNO dan membolehkan para pemimpin UMNO membaham khazanah Negara semahu-mahunya.


Nasib baik majority rakyat masih rasional. Menolak cadangan mufti gila ini.


UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Sunday, August 8, 2010

BIARKAN ORANG GILA SAHAJA BERSAMA UMNO

"Parti sekular jaga Malaysia ni hampir 60 tahun dah. Akhirnya bila dia tua sekarang ini dia minta tolong kita pula jaga dia. Dia baik sangat nak jaga perpaduan Melayu, bukan nak jaga Melayu, tapi nak jaga Umno.


"Jaga Melayu lain, jaga Umno lain. Kelantan diduduki oleh orang Melayu, tapi apa dia buat? Dia buat JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan sebagai tempat tadah duit daripada pusat.


"Kalu betul dia nak jaga Melayu dia salur terus ke kerajaan. Kerajaan PAS Kelantan ini pun orang Melayu, bukan orang lain, bukan Korea, bukan Yahudi atau sebagainya," katanya.


Selanjutan di
sini




Seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.


Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri.


persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.


Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.


Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri.


Seterusnya di
sini


Jawapan muktamad terhadap pelawaan Umno untuk "bersatu" atau "berunding" mengenai perpaduan Melayu. Orang yang jahil politik pun tahu bahawa Umno tidaklah mengharapkan sangat ajakannya itu menjadi kenyataan. Umno yang hampir lemas hanya mahukan persefahaman dalam Pakatan Rakyat terjejas dan PAS dicurigai oleh rakan-rakannya.


"Sudah tiba masanya Umno-BN berehat dan bercuti untuk membina partinya dan membentuk dirinya semula. Sebagaimana yang berlaku dalam negara demokrasi, dia boleh kembali berkuasa selepas diperbaiki dan kita boleh buat silap kalau kita memerintah” kata Hadi.


"Umno ini macam buku.".


Selanjutanya baca tulisan
A.Lutfi Othman cukup menarik untuk direnongkan strategi untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.


Kesimpulannya orang gila sahaja yang boleh bersama dengan UMNO. Orang yang ada otak dan siuman/rasional tidak akan bersama-samanya. Parti pengkianat bangsa dan agama.UMNO buang najis di serata jalan dan lorong, memohon pertolongan PAS untuk membasuhnya. Kurang ajarnya UMNO.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, August 7, 2010

MALAYSIA BERTAMDUN?

Kisah 1: Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan


"Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.


Faizzal menceritakan kronologi peristiwa ini, "Sehingga ini lebih dari 20 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan dan juga Sarawak, tetapi tiada satu pun yang diambil tindakan. Pihak berkuasa membuat spekulasi dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan mereka dalam program persaraaan tetapi sebaliknya mereka cuba menghalang saya dari membongkar penyelewengan yang berlaku sehinggalah pelbagai kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan bukan saja terhadap saya tetapi juga keluarga."


Seterusnya baca di
sini


Kisah 2: Layanan terhadap minoriti kayu ukur ketamadunan negara


Bibi gagal berbuat apa-apa apabila polis enggan bertindak, kecuali tunduk kepada ugutan dan ancaman. Bibi takut ibu bapa dan orang kampungnya diancam, malah pergi menggugurkan laporannya di Long Lama ditemani Ah Heng. Bibi dipaksa mendakwa bahawa dirinya dihasut NGO sebelum ini. Sehingga hari ini Ah Heng masih bebas dari tindakan undang-undang, terus untuk membina "dinastinya" dengan isteri yang ramai di kawasan pedalaman.


Sekiranya orang seperti Ah Heng tidak diambil tindakan, maka keadilan untuk Penan tidak dapat ditegakkan. Dengan kata lain, semakin ramai wanita akan dimangsakan oleh pencabul seksual ini.


Bacaan seterusnya di
sini


Kisah 3: Salahkah saya cuma nak bantu orang Melayu?


Sedikit latar belakang, kedua-dua portal berita itu menyiarkan usaha NUJ Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta badan tersebut menyiasat invois pembelian tiang gol milik syarikat yang bernilai sekitar RM160,000 dengan aduan tersebut dibuat atas bukti-bukti yang serba lengkap dan sahih.


Apa yang pasti, keputusan untuk ke SPRM itu adalah atas persetujuan dan mandat yang diberikan oleh barisan exco dan saya selaku Pengerusi NUJ Utusan diberikan amanah untuk mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan berkenaan dan oleh kerana nama saya disebutkan dalam artikel-artikel berkenaan, maka saya didapati menfitnah syarikat dan seterusnya dibuang kerja.


Seterusnya di
sini

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

BERSATU : MENGHANCURKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL (BN)

Oleh : Tun Telanai


Mustahilkah UMNO dan BN dijatuhkan dalam PRU ke-13 nanti?


Sebenarnya ini bukanlah perkara yang terlalu mustahil. Yang menjadikannya mustahil adalah diri kita sendiri. Ianya menjadi mustahil hanya apabila kita sendiri yang mengatakannya mustahil. Walhal jika kita menganggapnya tidak mustahil, maka ia pasti akan menjadi tidak mustahil. Inilah hukum alam.


Apa yang terlalu mustahil? Pemimpin boleh datang dan pergi. Tetapi agama, bangsa dan negara harus dikekalkan. Tetapi sanggupkah kita melihat agama kita, bangsa kita dan negara kita diperalat dan dimusnahkan sedikit demi sedikit oleh UMNO (bermaksud juga BN)? Jika kita mengatakan tidak mustahil, maka lakukanlah perubahan didalam PRU ke-13 nanti. Elakkan perkataan mustahil tersebut daripada menghantui dan menghalang perjuangan kita. UMNO harus ditumbangkan. Walau apa pun yang terjadi kita harus menghadapinya. Lawan Tetap Lawan.


Islam adalah agama Ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw pun berbunyi, "Bacalah". Yang dimaksudkan dengan "Bacalah" itu tidaklah bermaksud kita disuruh membaca tanpa berfikir. Yang seharusnya kita lakukan ialah bacalah dengan berfikir. Gunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah dengan membaca sambil berfikir tersebut akan tercetuslah pemikiran, falsafah ataupun ciptaan-ciptaan baru.


Jadi, untuk menjatuhkan UMNO "singgahsana kezaliman" mereka juga bukanlah perkara yang mustahil. UMNO tidak KERAMAT. Ia tidak diciptakan untuk kekal selama-lamanya. Tiba masanya ia pasti akan mati jua. Dan masa kematiannya sudahpun tiba. Tidak ada perkara yang dijadikan di dunia ini hidup untuk selama-lamanya. Yang kekal hanyalah Allah swt.


UMNO merupakan parti yang lemah. UMNO tidak boleh berdiri di atas kakinya sendiri. Ia perlu bertongkat untuk bergerak ke sana ke mari. Tongkat UMNO ialah kuasa yang ia genggamnya sekarang. Dengan kuasa itulah ia mempergunakan segala institusi-institusi kerajaan yang menjadi milik mutlak rakyat. Institusi kepolisan dan kehakiman merupakan dua buah institusi yang paling menonjol menjadi tongkat kepada UMNO.


Kedua-dua institusi ini juga dilihat apa yang dilakukan UMNO ditafsirkan sebagai tidak menyalahi undang-undang dan mempertahankan segala tindak-tanduk UMNO, walau pun perkara yang dilakukan oleh UMNO itu bertentangan dengan agama, akhlak dan moral apatah lagi amalan demokrasi yang songsang dan sesat yang menjadi amalan UMNO selama ini tidak dikategorikan sebagai satu kesalahan, malah dibiarkan berkembang mekar dalam institusi masyarakat dalam negara ini.


Rasuah (dalam piliahan raya, rasuah dalam parti, rasuah dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor politik, kewangan dan perniagaan) dan urus-niaga yang melibatkan mengambilan komisyen yang bernilai jutaan ringgit tidak diiktiraf sebagai satu bentuk kesalahan kerana ia dilakukan oleh UMNO. Penyalahgunaan kuasa (untuk mendapatkan projek, lesen, permit, kontrak dan peluang-peluang perniagaan) untuk kepentingan peribadi juga turut dihalalkan oleh kedua-dua institusi ini. Banyak para pemimpin besar UMNO tidak pernah didakwa dan hukum setimpal dengan kesalahan (merompak dan mencuri khazanah rakyat) yang mereka lakukan. Walau pun ada yang didakwa di mahkamah, ia hanya sekadar lakonan untuk mengaburi mata rakyat yang akhirnya pemimpin itu dibebaskan.


Lakonan terbaru ialah
pendakwaan terhadap Dr Ling Liong Sik yang dituduh penipu kerajaan Malaysia yang melibatkan kewangan berbillion ringit dalam skandal PKFZ. Ia hanya merupakan gimik politik murahan yang dilakonkan oleh UMNO kerana kita tahu siapa yang ada dalam sistem keadilan di negara ini pada masa kini. Siapa tidak kenal dengan Zaki Azmi Ketua Hakim Negara yang selama ini hidup matinya berbakti kepada UMNO dan seorang lagi ialah Abdul Ghani Pataail tukang ‘bersih’ untuk menyelamatkan UMNO. Dalam pada itu, tongkat UMNO juga turut diperkuatkan dengan bantuan dan sokongan organisasi-organisasi seperti SPR, SPRM, media massa dan taikon-taikon yang ada hubungan rapat dengan UMNO.


Formula yang ada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMNO ialah dengan bersatu. Ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Disamping itu, sebarang perselisehan pendapat di kalangan anggota Pakatan hendaklah disalurkan ke saluran yang betul. Jangan polimikkan isu yang bukan isu ke tengah-tengah masyakarat yang boleh menimbulkan kontroversi yang akan diambil kesempatan oleh suara-suara iblis-syaitan yang diwakili oleh media massa milik UMNO.


Kita berasa bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sejarah kejatuhan regim diktator dunia tidak menjadikan ia sebagai satu teladan kepada UMNO. Kejatuhan regim Shah Iran, Marcos, Suharto, Kim Dae Jung dan Saddam Hussein ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat di jalan-jalan raya kerana kezaliman diktator-diktator ini menindas rakyat. Apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini adalah mengulangi apa yang diktator-diktator yang saya sebutkan itu lakukan ke atas rakyatnya.


Kelaziman diktator-diktator ini memerintah ialah menipu rakyat, pembohong, rakus, zalim, rasuah, menyalahgunaan kuasa, berkroni-kroni, sekat kebebasan bermaklumat (memaksa rakyat mendengar dan melihat atau menonton rangkaian penerangan melalui media massa kerajaan dari parti pemerintah). Akhbar-akhbar ditutup kerana tidak sealiran dengan dasar pemerintah, mengekang amalan demokrasi (tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat ke dua, berceramah, menekan parti-parti pembangkang, pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang ditangkap, dipenjarakan dan ada yang dibunuh).


Rakyat pula diugut, diancam dan ditakut-takutkan supaya tidak menyokong pembangkang. Rakyat diumpan dengan berbagai bantuan dan subsidi, segala kemudahan akan ditarik balik sekiranya rakyat memberi sokongan kepada pembangkang. Kemuncaknya apabila rakyat dihalang menghadiri, menganjur dan berucap dalam sebarang perhimpunan bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dan memberi pandangan kedua kepada kerajaan, sebaliknya seluruh institusi/organisasi/jentera yang menyokong diktator-diktator ini bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu.


Adalah menjadi kebiasaan bagi mereka mengunakan sepenuhnya kekuatan pasukan polis, tentera, institusi-institusi kerajaan dan askar-askar upahan bagi melindungi kejahatan dan keburukan yang mereka lakukan ke atas khazanah negara dan ke atas rakyat. Keburukan pemerintahan mereka ditutup rapi dari pengetahuan rakyat. Kaedah inilah yang digunapakai oleh sistem pemerintah yang kepalai oleh UMNO sekarang. Sekiranya berdasarkan putaran sejarah, UMNO juga bakal menurut jejak rakan-rakan diktatornya itu.


Berdasarkan kepada isu-isu besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang dalam berbagai sektor terutama dalam sektor ekonomi, politik dan sosial yang sukar untuk UMNO mengatasainya, maka kita sangat berharap dengan izin Allah (mesti selalu berdoa kepadanya) agar UMNO menjadi bertambah bermasalah, berpecah-belah, bercakaran sesama sendiri (juga dengan
rakan gabungannya) dan seterusnya UMNO akan menjadi bertambah lemah. Dalam pada masa yang sama, Pakatan wajar mempertingkatkan imej pada pandangan rakyat dan memperkasakan gabungan Pakatan supaya rakyat berasa yakin sebagai gabungan alternatif untuk menganti dan mengambilalih kuasa dari tangan UMNO/BN.


Jadikanlah PRU ke-13 ini sebagai pentas untuk kita merealisasikan perkara yang dianggap mustahil tersebut. Inilah masa yang paling sesuai. Masa di mana kezaliman telah memuncak hingga mencucuk mata seluruh rakyat Malaysia. Yang perlu kita lakukan ialah bersatu menentang kezaliman tersebut di dalam satu barisan dan kumpulan yang padu. Kesatuan yang kita bina itu haruslah pula diikuti dengan perancangan dan pelaksanaan tugas yang benar-benar berkesan. Semua pihak harus kita sedarkan. Jangan biarkan diri kita dan rakyat Malaysia terus dizalimi, ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh UMNO. Cukuplah setakat ini sahaja. Tiada lagi kerajaan diktator UMNO selepas PRU ke-13 nanti.InsyaAllah.


KERAJAAN BARU-MALAYSIA BARU
”UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Tuesday, August 3, 2010

CABARAN MENGUJI KECEKAPAN DAN KEPANTASAN PASUKAN POLIS

Oleh : Tun Telanai

Al-Fatihah dan ucapan takziah kepada keluarga bekas Adun Selangor Abdul Aziz Mohd Noh dan keluarga pembantunya yang sama-sama terbunuh akibat
ditembak oleh penjenayah (?). Berita ini sangat mendukacita kita apatah lagi bagi keluarga kedua-dua belah pihak.

Dukacita kerana keselamatan rakyat yang hidup dalam Negara ini sudah tidak terjamin lagi. Sebelum itu,
seorang lelaki yang tidak dikenail dijumpai dibunuh dengan kedua belah tangannya digari di Batu 12, Sungai Klang, Puchong, Minggu lepas, seorang ahli majlis tempatan di Perak mati dibunuh. Kejadian orang mati dibunuh semakin meningkat.

Sementara itu, kecekapan dan keprofesionalan pasukan polis semakin diragui kerana setakat ini polis gagal mengesan, menangkap dan mendakwa orang yang terlibat melakukan jenayah itu ke muka pengadilan. Umum mungkin tidak diberitahu modus operandi pasukan polis bagi memberkas penjenayah yang terlibat dalam kes-kes pembunuhan tersebut.

Rakyat diburu dengan berbagai masalah social dan isu-isu keselamatan diri, keluarga dan harta benda dalam sebuah Negara yang dikatakan aman dan makmor. isu besar keselamatan sosial yang semakin teruk. Kita tidak mengharapkan persekitaran kita menjadi selamat sepenuhnya dengan mengambil langkah menyekat dan membanteras kejadian peragut nyawa manusia.

Walau bagaimana pun, persepsi umum kuat mengatakan bahawa prestasi keprofesionalan pasukan polis kita berada ditahap yang paling rendah berbanding keprofesionalan yang mereka tunjukkan pada zaman 80an dan di awal tahun 90an senantiasa berada dalam kedudukan yang paling cemerlang.



Dari perspektif jenayah sosial, peningkatan kadar perlakukan jenayah dalam berbagai sector berpunca daripada kesan kurangl kecekapan operasi akibat kelemahan oleh penguatkuasa, rasuah yang berleluasa, struktur sosial yang semakin lemah dan nilai sosial yang mudah diputarbelitkan untuk kepentingan politik kerajaan dalam jangka pendik.

Bagi memerangi penjenayah, kita tidak boleh mengambil langkah operasi jangka pendek semata. Kita mesti mula daripada yang paling asas dan mencabutnya dari akar umbi.Tidak payahlah saya bincang di sini mengenai kemerosotan prestrasi pasukan polis kerana kita sudah maklum bahawa pasukan polis kita tidak menjalankan tugas secara professional, tetapi sebalik ia lebih menumpu kepada tugas menjaga kepentingan politik UMNO dan para poemimpinnya, khususnya survival kerajaan pimpinan Najib Tun Razak di semua peringkat daripada tumpuan menghadapi musuh sebenar.

Oleh sebab itu, pasukan polis kita telah hilang keberkesanan untuk menyekat, mencari, menangkap dan mendakwa musuh sebenar. Mereka lebih cekap berhadapan dengan musuh (sebenarnya pejuang) di hadapan mata dan tanpa bersenjata, berbanding berhadapan dengan musuh yang sebenar yang memerlukan berbagai kepakaran tersendiri bagi mengesan dan menghukum penjenayah yang sebenar.

Berlatarbelakang itulah kepakaran pasukan polis kita digunakan sepenuhnya bagi
mengekang dan mematikan kebangkitan Pakatan Rakyat. Seluruh sumber kekuatan Pakatan hendak dimusnahkan. Pakatan diharamkan menyuarakan pandangan, perhimpunan dan pemilikkan akbar sendiri bagi menyebarkan pandangan kedua kepada rakyat agar rakyat dapat membuat penilaian yang tepat dan betul bagi menentukan kepemimpinan dan pembangunan Negara akan datang senantiasa memenuhi kepentingan rakyat.

Jadi, kita tunggu dan lihat kecekapan dan kepantasan pasukan polis mengesan penjenayah sebenar ini, bukan setakat menunjuk kejantanan apabila berhadapan dengan penyokong Pakatan dan pejuang rakyat tanpa bersenjta. Itu namanya jaguhan PONDAN namanya.


“UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”