DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, May 28, 2009

PERSEPSI RAKYAT : MAHKAMAH ALAT UMNO

Bekas Ketua Siasatan Jenayah KL Diisytihar Muflis

SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah gagal menjelaskan hutang pinjaman RM250,000.

Perintah itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Farid Daud pada 14 Mei lepas dan salinan termeterai perintah itu dikeluarkan terhadap Mat Zain semalam.Pada 10 Ogos 2004, ahli perniagaan Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights Kuala Lumpur, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi terhadap Mat Zain bagi menuntut baki pinjaman sebanyak RM250,000 yang gagal dijelaskan.Menurutnya, Mat Zain, 60, telah meminjam sebanyak RM500,000 melalui perjanjian pinjaman yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 22 Feb 2002.

"Pihak plaintif dan defendan telah bersetuju bahawa pinjaman ini akan dijelaskan sepenuhnya pada atau sebelum 21 Ogos 2002."Setakat ini Mat Zain telah menjelaskan RM250,000 daripada jumlah itu. Pada 14 Julai 2004, plaintif telah menghantar surat tuntutan berjumlah RM250,000 namun defendan masih gagal menjelaskannya," kata Yap dalam pernyataan tuntutannya.

Berikutan kegagalan Mat Zain menjelaskan hutang itu, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April lepas yang mengarahkannya menjelaskan baki pinjaman RM250,000 bersama faedah dan kos yang keseluruhannya berjumlah RM288,824.92.


INI CERITA SEBALIK KEMUFLISAN MAT ZAIN IBRAHIM


Saya akan dedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam – bekas Ketua Siasatan Jenayah KL Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar.


Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.


Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.


“Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.


Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.


“Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.


“Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.


“Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul,” kata Mat Zain.


Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.


Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.


“Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,” kata Mat Zain lagi.


Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.


Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.


Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.


Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

Jadi, "UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Wednesday, May 27, 2009

ADAKAH PAS LUPA DENGAN KEZALIMAN UMNO LAKNATULLAH DI MEMALI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saya cukup marah dengan golongan dalam PAS yang mahu berkerjasama dengan UMNO. Kezaliman UMNO persis sebuah parti Yahudi [Parti Likud]yang berkuasa di Israel sekarang ini, yang mana setiap hari menyembelih rakyat Palestin. Kezaliman UMNO terhadap rakyat yang bukan UMNO amat ketara dalam semua sektor. Kerajaan Pakatan Rakyat ditekan, didiskriminasikan dalam hal-hal politik dan ekonomi, diperas-ugut melalui berbagai cara dan kaedah dan berakhir dengan merampas kuasa di Perak secara samseng bertindak ala lanun diperairan Lautan Hindi.


Kenyataan Ketua Pemuda Pas yang baru Nasrudin Hasaan Tantawi dalam wawancara dengan Malaysiakini.com menyebut bahawa dakwah [bukan dakwah, tetapi melobi untuk mendapatkan jawatan, kuasa dan kekayaan] PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun. Ini merupakan satu kenyataan yang ‘biadap’ terhadap kumpulan atau golongan yang anti berkerjasama dengan UMNO laknatullah itu. UMNO parti yang tidak boleh berbuat baik. Para pemimpin UMNO yang ada sekarang ini lebih jahat dan zalim daripada Firaun, tetapi format kezaliman mereka yang berbeza mengikut keadaan dan masa yang berubah.


Dari itu, marilah kita yang masih sayangkan PAS berkerja sama dengan golongan yang anti UMNO dulu, kini dan selama-lamanya yang tunjangi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lupakan golongan yang pro UMNO yang ketuai oleh Presiden parti kita.


Mari kita imbas kembali satu peristewa kezaliman UMNO terhadap rakyat yang tidak boleh dilupakan oleh pejuang-pejuang gerakan Islam, iaitu peristewa pembunuhan beramai-ramai di Memali pada 19 November 1985. Rekod ini tidak boleh dipadamkan sampailah ke hari kiamat. Keadaan UMNO pada hari yang lemah dan dipenuhi dengan berbagai masalah adalah kesan dan doa orang-orang yang kena zalim dalam peristewa tersebut.


Memperbaharui kata-kata jihad dari As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood sebelum kesyahidannya sebagai pembakar daya jihad pejuang-pejuang Islam hari ini…


” ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri…” – Ucapan di majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling, tahun 1985. .”

Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid..”


” Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat”


“..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi..”


1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.


2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.


3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.


5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.


7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.


9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.


10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.


13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.


14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


Kesimpulannya, berjuang menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO sebuah parti yang dipimpin oleh orang-orang yang zalim, orang-orang tidak mengalakkan amal makrof dan mendiamkan diri apabila berlakunya nahi mungkar dalam perlaksanaan dasar-dasar pemerintahan dalam Negara ini. Para pemimpin UMNO menjadikan Negara ini sebagai hak pusaka mereka, memfaraidkan kuasa dan kekayaan dikalangan mereka sahaja. Kezaliman akan berterusan selagi UMNO ada di muka bumi ini dan masih kekal memegang kuasa. Jadi, UMNO wajar dihapuskan.

Marilah kita hapuskan UMNO dengan berbagai usaha dan iktiar kita berdasarkan kemampuan masing-masing. Ajarkan anak-anak kita supaya keturunan kita nanti terpahat diminda mereka mempunyai perasaan benci terhadap UMNO.

“UMNO TIADA, RAKYAT SENANG’
sekian, terima kasih.Wassalam.

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH ULAMA SURUHAN UMNO

Apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak , Umno dilihat menggunakan ulama’ tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Tokoh agama Johor dan juga mantan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Selain Datuk Noh Gadut , Mufti Perak , Datuk Harussani juga membidas rancangan PR untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.. Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," ( lihat Mingguan Malaysia 24/5/2009 )

Saya [Mohd Hanifa Maidin]tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?

1. Kita melihat kedua-dua tokoh ini dengan begitu mudah mengharamkan perbuatan mogok lapar tanpa melihat dan merenung mengapakah mogok lapar tersebut dilakukan ?

2. Apa yang malang mereka begitu mudah mengatakan mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut :

a. Apakah hukumnya bagi Umno yang bertindak “ menculik” tiga orang bekas Adun PR bagi menjatuhkan sebuah Kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat secara sah dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu

b. Apakah hukumnya Umno menggunakan segala institusi keadilan seperti Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah ( SPRM ) bagi memberi tekanan dan ancaman kepada Speaker Perak meskipun perbuatan pihak polis dan SPRM tidak ada sebarang asas di bawah undang-undang ?

Adakah hanya kerana V. Sivakumar bukan beragama Islam maka kezaliman boleh dilakukan kepada beliau ? Jika ya, bagaimanakah kedua –dua tokoh agama ini ingin menjawab ayat Al-Quran yang menyatakan “ Janganlah kebencian kamu kepada satu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adillah kerana dengannya ( melakukan keadilan ) akan mendekatkan kepada taqwa.”

c. Apakah hukumnya ke atas mereka yang memfitnah Dato Seri Nizar siang dan malam bahawa beliau adalah penderhaka kepada Raja hanya kerana Nizar menyatakan kalimah “ patik memohon sembah derhaka” tatkala beliau diminta untuk meletakkan jawatan oleh Sultan Perak ? Bukankah fitnah lebih dahsyat dari membunuh ?


d. Mengapakah kedua-dua tokoh agama tersebut tidak pernah bersuara menyokong Kerajaan PR yang dipimpin oleh Nizar yang memberi semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) dan memberi tanah sebanyak 1000 hektar kepada SAR sedangkan semua orang tahu Umno telah bertindak untuk mematikan SAR dan pernah juga menuduh SAR adalah sarang pengganas.

e. Apakah hukumnya tindakan biadap pihak polis dan disokong dan direstui oleh Umno yang menangkap orang ramai dengan sesuka hati hanya kerana mereka memakai baju hitam dan berhimpun secara aman bagi meminta DUN Perak dibubarkan ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini sedar bahawa Haji Mohamad Sabu ditangkap kerana hanya ingin menganjurkan solat hajat di Perak ?

f. Adakah menangkap sesuka hati adalah sebahagian ajaran Islam ? Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ? Tidakkah Al-Quran menyatakan “ Sesungguhnya kami memuliakan Bani Adam” ? Bukankah Syaidina Umar r.a pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al’As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat qibti dengan kata-kata berikut “ Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas”.

g. Apakah hukumnya Umno menggunakan polis yang bersenjata masuk ke dalam Dun Perak pada 7 hb Mei 2009 meskipun tiada sebarang undang-undang yang membenarakan polis berbuat demikian dan tindakan polis itu semata-mata kerana ingin mewujudkan kekacauan di dalam Dun .

3. Adakah terdapat di dalam Islam hukum mengheret keluar dengan kasar seseoarang seperti Sivakumar ( termasuk dengan mengangkat kerusinya sekali ) dan meletakkannya di dalam bilik stor tanpa membenarkan beliau masuk ke dalam sidang Dun meskipun beliau adalah seorang ADUN yang sah .

4. Adakah hanya kerana dia bukan Islam maka mulut kedua-dua tokoh agama ini dikunci dari berkata-berkata ? Tidakkah kedua-dua tokoh agama ini ingat apa yang Rasulullah s.a.w. katakana kepada sahabat yang menegur Baginda apabila Baginda bangun menghormati mayat seorang yahudi yang lalu di hadapan Baginda. Bukankah Rasullullah s..a.w mengatakan begini “ Alaisat Nafsan ! ( Tidak mayat itu juga makhluk ? ).

Lihatlah Rasulullah s.a.w bukan sahaja menghormati orang bukan Islam tetapi juga mayat orang Islam !!! g. Islam mengajar pendamaian . Dalam konteks kes Perak semua orang tahu keadaan haru biru hanya dapat diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula. Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak.


5. Islam melarang sebarang amalan diskriminasi dan pilih kasih. Mengapakah kedua-dua tokoh agaman ini tidak bersuara apabila Mahkamah Rayuan dengan secara mudah dan cepat menggantung keputusan Mahkamah Tinggi apabila Zambry memohon penggantungan tersebut pada 12 hb Mei 2009 iaitu pada hari sama beliau membuat permohonan.

Tidakkah kedua-dua tokoh agama tersebut melihat amalan pilih kasih apabila Nizar membuat permohonan bagi membatalkan penggantungan pada 13 hb Mei 2009 permohonan beliau hanya ditetapkan untuk pendengaran pada 21 hb Mei 2009 iaitu 8 hari selepas permohonan dibuat. Itupun pada tarikh 21 hb Mei permohonan Nizar tidak didengar kerana Rayuan Zambry juga ditetapkan pada tarikh yang sama . Bolehkah Islam menjustifikasi amalan tidak adil tersebut ?


Nota Penulis : Banyak komen yang saya terima sama ada melalui e-mail atau sms tidak bersetuju saya menggunakan perkataan 'babi' terhadap ulama. Oleh itu, saya buang perkataaan itu dan diganti dengan perkataan 'Ulama Suruhan UMNO'. Saya memohon maaf kepada yang terlibat, tetapi persepsi rakyat begitulah.


UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

PERANGAI UMNO SERUPA DAJAL LAKNATULLAH

DAP akan dikaitkan dengan MILITAN?
Oleh Reformis Melayu http://www.marhaen.info/v2/mar_a_reformismuda131.html

Masih Ingat Peristiwa Al-maunnah dan KMM? Siapa dalangnya siapa perancang segala konspirasi. mengapa Konspirasi ini dilakukan? mungkin sebahagian dari kita semua lupa tentang apa yang mampu dilakukan Umno takkala mahu meraih undi, mereka tidak pernah memulihkan perjuangan dan parti mereka, apa yang mereka sentiasa lakukkan merosakkan imej dan kredebiliti Parti lawan sammada dengan cara terang terangan melalui media mahupun konspirasi melibatkkan Polis dan unit cawangan Khas.

Itulah Umno yang sentiasa memperkudakan Polis bagi melanjutkkan talian hayat Politik Mereka. peristiwa Al-Maunah dan KMM adalah Konspirasi UMno untuk mengambalikan keyakinan rakyat kepada Umno setelah 2 tahun mereka mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 10 pada tahun 1999 iaitu diera Reformasi.

Tujuannya merosakkan imej PAS yang cuba dikaitkkan dengan kumpulan pengganas tak kira puak Taliban, KMM mahupun Al-mAunah. ketika itu siapa menteri pertahanannya? tidakkah Najib Tun Razak? masih ingat bagaimana Tentera membuat lakonan semula memasukkan puluhan senjata dan pelancar roket didalam Pajero tentera bersama 15anggota? ia dilakukan dihadapan Najib sebagai Menteri pertahanan sebagai membuktikan ia bukan sandiwara, Namun semua orang tahu, Almaunah adalah sebuah Sandiwara Umno, dan puluhan bukti boleh kita lampirkan tetapi ketika ini saya bukan mahu membicara soal Al-Maunah tetapi Konpirasi baru Umno?


Anda percaya jika saya katakan Umno sedang merancang Sandiwara dan Konpirasi baru? apakah ia mustahil. anda mungkin menyangkakan dia sedang cuba memulihkan imej Parti , tetapi itu bukan cara mereka, tetapi kini sedang merancang satu Konpirasi baru. tetapi bukan melibatkkan PAS tetapi DAP ataupun Hindraf.

Jika Tahun 1999 Umno hilang sokongan Melayu tetapi berjaya dipulihkan dengan Konpirasi Almaunnah dan KMM, kini anda percaya Konspirasi terbaru mereka melibatkkan kes Komunis? ia cuba dilakukan untuk memulihkan Undi Cina , tetapi Umno akan tersilap besar kalau dia menyangkakan tahun 2001 masih sama dengan tahun 2009. jangan ingat dia boleh menipu Rakyat. minggu ini sahaja akhbar Propaganda mereka Utusan sudah mula membangkitkan isu Komunis dan apakah mereka akan cuba mengaitkan DAP dan Hindraf?

Tujuannya menjauhkan undi melayu kepada DAP dan PKR sebelum mereka berani membubarkan Dun Perak.anda perhatikan di Utusan semalam , 26mei 2009 dimuka hadapan dengan tajuk besar " Tolak Komunis" dengan tajuk kecil ditepinya menulis tentang berita penemuan 8 Senjata Api berupa semi Mesinggan dan pelbagai senjata lain dengan beberapa kelopak peluru di sebuah Kilang di Bercham.malangnya tiada siapa yang ditangkap. apa tujuannya berita ini dan isu Komunis cuba digabungkan? bercham dikenali sebagai kubu kuat DAP, jangan terkejut kalau selepas ini tangkapan ISA akan bermula melibatkan pemimpin DAP.

Rais dan Zahid sudah mula membakarkan isu ini. ia seolah olah ada parti politik terlibat. jangan terkejut dengan sebarang kemungkinan selepas ini. mereka sudah memulakannya. jika mereka melakukan konspirasi Almaunnah dan KMM selepas 2 tahun kemenangan besar barisan Alternatif tahun 1999 kini sudah tiba masanya konspirasi baru dilakukan setelah 2 tahun kemenangan besar pakatan rakyat.tujuannya satu, agar gabungan DAP dan PAS akan retak seperti mana yang berlaku pada barisan Alternatif pada tahun 2001.


Jadi nasihat saya, DAP dan PKR harus berhati hati membuat kenyataan mengenai Chin Peng dan Komunisme. kerana Umno sedang memasang perangkap. mereka hanya menunggu masa memulakannya. mereka hanya akan membubarkan DUn Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. tunggu dan lihat..


Lawan tetap Lawan


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"


AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! LAWAN TETAP LAWAN
UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA

UMNO GILA BABI SEKARANG DI PENANTI

Umno turut adakan ceramah di Penanti
Tulisan: Mohd Sabri Said
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20955&Itemid=1

PENANTI, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi.


Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.


Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.


Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan.


Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang.


Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih.


"Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya.


Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN.


Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN.


"Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya.

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

SATU RENUNGAN BAGI SETIAP MUSLIM [BUKAN MUSLIM DALAM UMNO YANG MUNAFIK]

Selamat Hari Ibu, Altantuya
Tulisan: Fahri Abdullah al-Masri
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20920&Itemid=1

Dalam ajaran Islam, memang terdapat begitu banyak khazanah nas dan dalil yang memperihalkan betapa anak-anak itu perlu menghormati kedua-dua ibu bapa mereka.


Di dalam sepotong hadis misalnya, ketika baginda Rasulullah s.a.w ditanya, siapakah yang lebih wajar dihormati, baginda menjawab ibu sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah dihormati kaum bapa.


Hadis lain yang biasa kita dengar ialah syurga berada di bawah telapak kaki ibu.
Atas sebab inilah maka kita lihat Islam tidak sunyi meriwayatkan kisah-kisah orang yang soleh dengan ibu mereka.


Antaranya, Imam Abu Hanifah, yang bersusah payah mendapatkan fatwa daripada ulama lain gara-gara ibunya enggan mengambil fatwanya. Akhirnya, terpaksa pengasas mazhab Hanafi itu mencari ulamak yang menjadi muridnya sendiri bagi mendapatkan fatwa.


Lantaran terlalu gembira


Diriwayatkan bahawa Imam Muhammad bin Idris, lantaran terlalu gembira menemui ibu, maka dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Ibunya marah lantaran sikap itu masih lagi menunjukkan bahawa anaknya tidak beradab.
Atas arahan ibunya yang meminta dia pergi merantau lagi mencari ilmu mendidik akhlak, maka pengasas Mazhab Asy-Syafie itu terus akur terhadap perintah ibunya.


Sementara itu, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah melonjak kerohaniannya kerana sosok yang kental spiritual itu mengikut pesanan ibunya agar jangan sesekali menipu.


Al-Jailani tetap tidak menipu walaupun ditahan bersama segerombolan kafilah penyamun dalam perjalanannya mahu belajar agama.


Sang perompak yang asalnya tidak menemui sebarang duit pada tubuh al-Jailani akhirnya bertanya berhubung sikap anak muda itu yang telah berkata benar.


"Aku telah berjanji dengan ibuku untuk menyatakan yang benar pada setiap masa," itulah yang Al-Jailani lafazkan. Ternyata, kata-kata itu akhirnya meninggalkan kesan yang amat mendalam, lalu menyebabkan ketua perompak itu segera bertaubat.


Latihan kerohanian yang diterimanya, termasuk keberkatan doa ibu dan hormatnya anak muda ini terhadap ibunya, maka melonjaklah kerohaniannya sebagai Sultan Awliya'.


Pengaruh mazhab tarekat sufi Qadiriyyah ini akhirnya melebarkan pengaruhnya ke mana-mana termasuk ke rantau Nusantara ini.


Daripada kisah-kisah ringkas mereka ini, kita mendapat pengetahuan bahawa pengasas mazhab Shafie, Hanafi dan Qadiriah ini adalah imam-imam yang terbangun intelektual dan kerohanian mereka dengan sebab keberkatan doa dan restu ibu.


Maka tepatlah kata orang bahawa tangan yang menggoncang buaian itu menggoncangkan dunia. Ringkasnya, dunia Islam memang sarat dengan kisah ketaatan ke atas ibu bapa ini. Hari Ibu yang disambut di serata dunia dengan tajaan Barat masih lagi belum mempertali kisah kasih sayang ibu dengan jihad dan perjuangan.


Menggembirakan ibu bapa lebih baik daripada jihad?


Ada kisah di mana seorang anak muda yang ingin berjihad, tetapi akhirnya diperintahkan pulang ke rumah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya yang kesepian.


"Hamba ingin syahid tapi, ibu bapaku menahan pemergianku sejak tadi dengan teresak-esak sedangkan hambalah satu-satunya anak mereka," kata anak muda tersebut.


"Sekarang dengar baik-baik perkataanku wahai anak muda," kata baginda, "Atas perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah dan gembirakan kedua ibu bapamu."


Anak muda tadi bingung. Jihad adalah kewajipan. Tapi, perintah khusus Rasulullah s.a.w itu juga wajib ditaati. Maka, beliau akhirnya menuruti perintah baginda. Tibanya beliau ke rumah, maka gembiralah hati kedua ibu bapanya.


Ada hadis lain menunjukkan bahawa baginda hampir-hampir ingin mewajibkan anak itu sujud kepada kaki orang tuanya. Tetapi, hal itu tidaklah diizinkan.


Bagaimanapun, kalam itu hanyalah sebagai suatu perlambangan bahawa betapa berbakti kepada orang tua amat mulia tingginya di sisi agama.


Kisah ketaatan kepada ibu dalam Alam Melayu


Ibu bapa sebenarnya jambatan kerohanian paling mudah dan paling tinggi jika seseorang itu mahu mencapai keredhaan Allah s.w.t.


Mereka yang ingin bermujahadah, melakukan ritual, latihan kerohanian seperti berpuasa dan sebagainya akan tersekat kerohaniannya jika menderhaka ibu bapa. Penderhakaan itu boleh berlaku walaupun dengan kata-kata kecil sekali pun.


Dan, hal inilah yang paling sukar sekali. Agak mustahil ada seorang anak pada zaman ini, yang tidak melakukan kesilapan terhadap ibu bapanya. Paling kurang, dia mesti terlanjur juga melalui kata-katanya. Dan, hal inilah yang perlu diawasi.


Sekurang-kurangnya, dalam Alam Melayu, ada dua cerita masyhur yang membawa tema ketaatan kepada ibu ini. Pertama, kisah Si Tanggang atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Malim Kundang. Kedua, kisah Batu Belah Batu Bertangkup.


Daripada satu segi, kita boleh membuat rumusan bahawa kisah-kisah sastera lisan sebagai pengajaran akhlak aini memang diriwayatkan bertujuan mendidik anak-anak Melayu agar berbakti kepada orang tuanya, khasnya ibu yang melahirkan mereka.


Dalam kisah Si Tanggang, ibu mempunyai kerohanian yang tinggi sehingga sumpahnya mengundang kecelakaan terhadap anaknya yang ingkar mengakui ibunya sendiri.


Benar sabda Rasulullah s.a.w, "Keredhaan Allah itu terletak di atas redha ibu bapa."


Dalam sebuah filem Wali Songo, ada diriwayatkan suatu babak di mana Sunan Kalijaga yang kerap membaca al-Quran itu telah diusir oleh ibunya kerana difitnah memperkosa seorang wanita, padahal tindakan itu tidak dilakukannya.


"Jangan kembali ke sini sehinggalah ayat al-Quran yang selalu kaubaca itu akan gegarkan dinding-dinding rumah ini," kata ibunya. Mereka sekeluarga berasa malu kerana pemuda yang disangkakan soleh itu rupa-rupanya telah melumurkan arang ke wajah mereka.


Hasil latihan kerohanian yang diterimanya, Raden Mas Said telah diangkat sebagai salah seorang anggota majlis Wali Sembilan dengan gelar Sunan Kalijaga.


Setelah mencapai pencerahan jiwa, sunan yang satu-satunya anak tempatan itu berhasrat pulang mendapat restu ibunya. Suatu malam, sunan itu membaca al-Quran dari jarak jauh lalu bergegarlah dinding rumahnya di desanya.


Si ibu, ketika melihatkan kejadian itu, barulah mengerti dan mengetahui kedudukan anak lelaki kesayangannya itu. Anak lelakinya tak bersalah malah difitnah. Restu ibu telah pun berjaya diraih semula. Demikianlah kisah para wali Melayu.


Mutakhir ini masih ada lagi kisah yang sangat menyayatkan hati apabila membaca cerita seorang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana menjaga ibunya yang menderita sakit lumpuh. Laporan akhbar itu menyebutkan pekerjaannya sebagai posmen.


Lelaki itu akhirnya didapati meninggal dunia di pangkuan ibunya selama dua atau ke tiga hari. Ketika jiran-jiran menemuinya, didapati ibu masih mengusap tubuh dan kepala anaknya, seolah-olah berharap cara itu dapat merawat anaknya yang telah mati.


Sukar digambarkan kesedihan ibu tua yang terpaksa berputih mata melihat tubuh anaknya yang sudah tidak bergerak itu. Dia wanita tua yang lemah, lumpuh tidak berdaya bersuara meminta pertolongan jiran, tak mampu berjalan melainkan terpaksa melihat saja anaknya terbaring di pangkuannya selama dua hari.


Diulangi-lelaki itu terbaring di depan mata ibunya yang lumpuh selama dua hari! Semoga rohnya dikirim ke syurga dan kita pula dapat berjiran dengannya. Ameen..


Rupa-rupanya, kisah anak yang sanggup berbakti kepada orang tuanya masih wujud pada zaman kita ini. Kiamat belum tiba lantaran wujudnya kelompok manusia seperti ini..


Jangan serah ibu bapa ke rumah kebajikan!


Namun, hari ini sudah menjadi sikap orang zaman sekarang agaknya, mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Tekanan hidup dan bebanan kerja menyebabkan agihan masa kepada orang tua dan anak-anak semakin berkurangan.


Apakah ada cara untuk mengatasi hal ini? Kita tak boleh tinggal merungut saja dan tidak berusaha mencari jalan penyelesaian. Sesetengah orang mengirim anaknya ke desa untuk menjaga nenek mereka. Kaedah ini boleh juga digunakan.


Tapi, harus kita tanyakan juga. Apakah kita suka jika anak-anak kita melakukan hal yang sama kelak; mengirim cucu untuk menjaga segala keperluan kita?


Maka, sebaik-baiknya, jika kita benar-benar rungsingkan hal ehwal akhirat kita, maka ibu bapa itulah satu-satunya jalan terakhir untuk kita dapatkan keredhaan Allah. Kita perlulah kembali kepada hadis, "Keredhaan Tuhan ada pada keredhaan kedua ibu bapa."


Tetapi, bagaimanakah kita mahu menjaga ibu bapa dalam keadaan kita bekerja?
Ada suatu jalan keluar dalam hal ini. Andaikan kita mempunyai enam orang saudara dan gaji bulanan kita RM2,000, maka kita perlu bermesyuarat keluarga untuk putuskan yang salah seorang daripada kita perlu berhenti kerja untuk menjaga kebajikan orang tua.


Jadi, bagaimana mahu mendapatkan semula RM2,000 sebulan yang telah hilang itu? Di sinilah letaknya salng mengorbankan kepentingan masing-masing. Hendaklah, lima orang saudara kita itu bersedia serahkan RM400 seorang sebulan dengan tujuan menggenapkan jumlah gaji yang biasa kita terima pada setiap bulan itu.


Kalau boleh biarlah kita lihat tiada lagi orang-orang Melayu apatah lagi mereka beragama Islam mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Kalau bukan Muslim yang melakukannya, maka hal itu boleh diterima kerana akhirat tak wujud dalam kepercayaan mereka.


Apalah ertinya kita menyambut Hari Ibu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama masih ada lagi ibu-ibu yang terlantar kesepian di rumah-rumah orang tua.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan orang tua. Dengan tidak menjadi sebagai perompak, penyamun, penagih, hal itu sudah membahagiakan mereka.


Dengan selalu membacakan Al-Fatihah lalu menyedekahkan surah itu kepada roh mereka itu pun sudah dikira beramal bakti kepada mereka. Sedekah Al-Fatihah tidak semestinya dilakukan ketika mereka sudah tiada. Ketika mereka masih ada, hal itu boleh dibuat.


Islam mengangkat darjat wanita. Apatah lagi ketika mereka bergelar ibu, darjatnya makin tinggi. Umar r.a pernah meminta kaum wanita merendahkan maharnya. Tapi akhirnya dia akur apabila kaum wanita berkata bahawa mahar itu hak mereka.


Altantuya juga seorang ibu


Umar mengalah, tidak takbur, tawadhuk dan beliau lemah-lembut terhadap kaum wanita. Itu baru kes hal mahar. Ada seorang kaum wanita Mongolia yang cuma meminta sedikit komisen daripada urusan pembelian kapal selam, tapi dia dibunuh bersama janinnya.


Altantuya bukan hanya seorang model, tetapi dia juga adalah seorang ibu. Diriwayatkan bahawa dia sedang hamil, maka bom C4 digunakan untuk lenyapkan bukti, termasuklah anak yang dikandungnya.


Al-Quran menyebutkan bahawa jikalau kita membunuh seorang manusia, bermaksud kita membunuh seluruhnya. Tetapi, dalam kes Altantuya, dua orang terbunuh; ibu malang itu termasuk anak yang mungkin ada dalam kandungannya.
Dua orang lagi yang bakal terbunuh ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Yang terselamat tetaplah Najib, Razak Baginda dan Rosmah Mansur.


Altantuya menyambut kelahirannya pada 6 Mei lalu. Dia bukanlah cuma jurucakap antara Malaysia dan Perancis dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene, tapi Najib perlulah juga melihat Altantuya sebagai seorang ibu juga ketika menyambut Hari Ibu ini.


Janganlah Najib cuma pandai menulis lewat blog One Malaysia menjelang Hari Ibu baru-baru ini. Tidak semua ibu-ibu di dunia ini bernasib baik. Contohnya, Altantuya; seorang ibu muda daripada Mongolia.


Di Kalimantan, jikalau Najib suka membuat kajian dan penyelidikan, nescaya beliau akan bertembung fakta mengkagumkan bahawa Banjar, Dayak sebenarnya tercantum darahnya dengan Mongolia juga. Alang-alang ke Brunei, Borneo, singgahlah Kalimantan sama.


Kepada ibu-ibu di Malaysia dan di seluruh dunia ... Selamat Hari Ibu ... _

UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA

Monday, May 25, 2009

HANYA TIGA GOLONGAN SANGGUP BUNUH ULAMA

Oleh : Allahyarham YB Dato’ Haji Fadzil Noor

RANTAU PANJANG, 4 Mac - Sejarah dunia membuktikan terdapat hanya tiga golongan yang sanggup menentang dan membunuh ulama iaitu Yahudi, Komunis dan parti yang memerintah Malaysia.

Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor berkata, golongan terbabit sanggup membunuh ulama bagi mempertahankan survival politik mereka.Katanya, Yahudi bertindak ganas membunuh ulama di Palestin, manakala Komunis menganiayai ulama di negara bekas jajahan Soviet Union."

Ketika saya berkunjung ke negara bekas Soviet Union suatu ketika dahulu, ulama yang mahu menyebarkan syiar Islam terpaksa melakukan dengan senyap-senyap kerana khuatir dibunuh pemerintah Komunis," katanya pada ceramah di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang di sini, malam 2 Mac lalu.

Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Ketua Penerangan, Haji Zulkefli Mamat dan Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Ustaz Hussin Ibrahim.

Dato' Haji Fadzil yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, parti yang memerintah Malaysia iaitu Umno juga pernah melakukan perbuatan serupa seperti orang Yahudi dan Komunis.

Katanya, Umno terlibat membunuh ulama di Memali pada 1985 sehingga menyebabkan ramai menjadi korban.Menurut beliau, sepatutnya tragedi seperti itu tidak berlaku sekiranya pasukan keselamatan menggunakan pendekatan lebih profesional."
Ustaz Ibrahim bukan menyerang pasukan polis, cuma mereka mempertahankan diri bagi mengelakkan ditangkap untuk dihumban ke dalam tahanan ISA."Sebelum peristiwa itu berlaku saya berjumpa dengan Ketua Polis Kedah ketika itu, bagi meminta jasa baik pegawai polis berkenaan supaya mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri membatalkan hasrat untuk menangkap Ustaz Ibrahim menggunakan ISA."

Sedangkan sebelum peristiwa itu berlaku Ustaz Ibrahim sudah berbulan-bulan tidak boleh keluar ke mana-mana kerana dikawal ketat polis," katanya.Beliau juga menceritakan, semasa Ustaz Ibrahim ditembak di perut, isteri, ibu dan ayahnya datang memangku.

Bagaimanapun malangnya pihak polis bertindak ganas dengan menarik isteri, ayah dan ibu Ustaz Ibrahim dan membiarkan dia mati keseorangan.Menurutnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sempat menatap jenazah Ustaz Ibrahim di Bilik Mayat Hospital Alor Setar dan melihat kesan-kesan tembakan di badannya.

"Apakah tindakan yang dilakukan anggota-anggota polis itu tidak dinamakan suatu kezaliman dan tindakan tidak berperikemanusiaan," katanya.Beliau juga mempertikaikan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Khalil Yaakob kononnya penayangan klip video Memali melalui RTM untuk menjelaskan perkara sebenar.Menurut Presiden PAS, penanyangan itu adalah strategi Umno untuk memburukkan PAS dengan menghina ulama yang sudah meninggal dunia.

"Apa yang dilakukan itu sebenarnya bercanggah dengan saranan Nabi Muhamad saw yang meminta umatnya mengingatkan orang yang sudah mati dengan segala kebaikannya," katanya.

Dato' Haji Fadzil juga berkata, agenda klip video terbaru yang dimainkan RTM mengenai Amanat Haji Hadi juga tidak akan menguntungkan Umno kerana mesej itu akan memperjelaskan perkara sebenar, iaitu agama dan politik tidak boleh diasingkan.


“UMNO TIADA,RAKYAT SEJAHTERA’

Mahkamah diperolok, kes Penanti dan rompakan di Islamic City

Bukannya mahu merendah-rendahkan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang memihak Dr Zamry Abdul Kadir. Apatah lagi untuk memperlekehkan penghakiman yang membatalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abd Aziz Abd Rahim yang mengesahkan kedudukan asal Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Namun yang lebih penting, apakah persepsi rakyat terhadap peristiwa rampasan kuasa oleh BN, yang didalangi Najib Razak, bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat, awal Februari lalu, dapat diubah?

Mampukah keputusan panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut, iaitu Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop, dapat meredakan ketegangan politik yang semakin membahang di sana, terutama selepas Dun Perak bersidang secara tidak sah sehingga Speaker V Sivakumar dicekik, dihumban keluar, dikurung dalam stor dan "dilucutkan jawatan"?

Bukankah sejak awal beberapa penganalisis dan tokoh akademik terkemuka menyifatkan krisis di Perak tidak mampu diselesaikan melalui proses undang-undang, malah ia menyebabkan martabat mahkamah semakin dipersenda? Situasi rumit dan sulit menjadi makin berserabut.

Tanggapan rakyat bahawa BN telah melakukan aksi tidak bertamadun, mencemar institusi demokrasi dan secara gopoh-gapah serta terburu-buru meragut kuasa daripada Pakatan Rakyat terus tertanam kukuh.

Sementara Zamry dianggap wakil mahkamah, selain diperolok-olokkan melalui jenaka SMS tentang "lelongan Zamry, bukan Camry", Nizar pula menempah populariti lebih tinggi di kalangan rakyat. Hanya mengharapkan dokongan pasukan keselamatan dan mahkamah bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar boleh mengundang padah dari segi demokrasi.

Rakyat yang kian celik politik tentunya tidak mudah untuk dipaksa dan disumbat dengan keputusan mahkamah yang dilihat umum sebagai tidak mencerminkan keadilan dan kesaksamaan.

"Biar kalah hari ini, tapi pada pilihan raya umum akan datang, yang tidak dapat tidak mesti diadakan juga nanti, Nizar dan Pakatan Rakyat, insya-Allah beroleh kejayaan lebih gemilang," kata seorang profesor sains politik. "Saya yakin, persepsi rakyat tidak akan berubah dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mereka masih beranggapan tindakan BN merampas kuasa sebagai tidak sah dan salah menurut peraturan dan undang-undang."

"Kenapa mahkamah seperti histeria lagaknya, nampak terlalu obses dengan kes ini, walhal bagi saya, inti kepada krisis politik di Perak adalah bermula dengan tuduhan rasuah kepada dua Adun KeADILan ketika itu, yang kini melompat jadi Adun bebas yang menyokong kuat BN? Bagaimana kedudukan kes berkenaan, apa sudah jadi? Orang ramai juga nak tahu di mana perginya penyiasat bebas P Balasubramaniam dalam kes liwat terbaru Anwar Ibrahim?" ujar profesor yang tidak mahu disebut namanya itu.

Selagi BN terus berdegil untuk tidak menasihatkan Sultan Perak membubarkan Dun, datanglah apa juga penghakiman pun, ia pasti tidak berupaya untuk merongkai konflik yang bertambah parah ini. Hakikat ini bukan sahaja diakui pimpinan Pakatan Rakyat malah dituntut oleh Suhakam dan juga pemimpin komponen BN sendiri, selain tokoh-tokoh ternama politik, termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.

Semakin BN menolak cadangan pembubaran Dun, maka makin tergambar jelas bahawa mereka begitu takut dan gentar untuk berdepan suara rakyat bagi mendapat mandat baru. Mana mungkin sebuah parti politik yang mengaku gagah-perkasa tiba-tiba menikus dan takut untuk mendapat mandat baru daripada rakyat?

Walaupun 3 hakim memihak BN, Najib pasti akan kalah dalam mahkamah rakyat, dan inilah yang paling digeruninya. Hasilnya, integriti dan kewibawaan badan kehakiman kita akan terus dipersoalkan, manakala keyakinan dunia terhadap proses keadilan di Malaysia terus merudum.
II.
Keputusan BN untuk tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti memang pelik. Dalihnya langsung tidak masuk akal. Bersusah payah pemimpin Umno dan media di bawah kawalan mutlaknya memberi penjelasan mengapa BN tidak meletakkan calon. Alasan rapuh itu pula sukar untuk dipertahankan konsistensinya apabila tiba-tiba sahaja berlaku kematian Adun PAS di Manik Urai, Kelanatan.

Pemimpin Umno tidak segan-silu mendakwa mereka tidak mahu lagi, untuk kali ketiga, terjerumus ke dalam perangkap Pakatan Rakyat. Bila pula perangkap itu dipasang, ya? Namun lebih menyerlah, begitu lemahnya semangat Umno untuk berdepan Pakatan di kawasan yang pada anggapannya sendiri ia akan kalah "siang-siang" lagi.

Sedangkan selama ini pembangkang, misalnya PAS, tidak pernah gentar untuk terus berdada dengan Umno-BN di mana-mana sahaja, biarpun risiko hilang pertarungan adalah cerah!

Tertarik saya dengan ungkapan Winston Churchill, yang dinukilkan kembali oleh wartawan terkemuka, A Kadir Jasin: "Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran."

Kadir yang juga blogger terkenal mengutip kata-kata Mahatma Ghandi: "Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna". Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP itu mengaitkan untaian kata-kata hikmah tadi dengan keputusan BN tidak bertanding di Penanti.
III.
Hati mana tidak sebak dan dihiris pilu dengan laporan berita dan gambar tragedi pembunuhan dua beranak bersama seorang pembantu rumah di Taman Pinji Seni, Ipoh, 20 Mei lalu.

Saya cuba membayangkan kedudukan suami mangsa, Jafri Tajul Aripin, 47, yang sedang berbual dengan isterinya, Wah Yah Mat Zi, 42, melalui telefon. Tiba-tiba Jafri terdengar jeritan ketakutan isterinya dan talian terputus. Beliau segera berkejar ke rumah.

Di depan matanya, terbujur kaku mayat isteri tercinta, Wah Yah dan pembantu rumah, berlumuran darah. Mayat anak bongsu kesayangannya, Ezmin Denish, 5, pula ditemui di dalam bilik air. Dan dia terserempak suspek yang membunuh orang kesayangannya yang cuba melarikan diri dengan melompat pagar rumahnya.

Cuba anda letakkan diri sekejap dalam posisi Tajul Arifin ketika itu. Dalam keadaan biasa, berdepan mayat isteri dan anak pun sudah cukup mengharukan, ini pula menghadapi jenazah keluarga tercinta yang dibunuh kejam tanpa rasa perikemanusiaan, dan anda baru sahaja bercakap-cakap dengan mereka melalui telefon!

Peristiwa berdarah itu bukan lagi episod yang memeranjatkan meskipun ia cukup menyayat hati. Kita belum lupa dengan adegan ragut yang juga menyebabkan kehilangan nyawa, membabitkan insan biasa, yang sebahagiannya hidup dalam kesusahan. Kita seolah-olah hidup dengan ihsan penjenayah. Di mana-mana sahaja anda boleh terperangkap dalam situasi sebagai mangsa penjenayah kejam.

Malah, kedai serbanika 7-Eleven, betul-betul di sebelah pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur tidak lagi membenarkan pelanggannya masuk ke dalam, selepas jam 9 malam, dan mereka hanya sekadar boleh membuat pesanan melalui tingkap kecil kerana serik dengan kes rompakan yang berulang kali berlaku kepadanya! Lebih sedih apabila rompakan itu sering terjadi di siang hari, berjiran rapat dengan Harakah, di sebuah lokasi yang dulunya dikenali sebagai Islamic City.


"PERKASAKAN RAKYAT, MUSNAHKAN UMNO"